"Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you' re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... The one who turns to his friends and says, thats her..."

Friday, December 31, 2010

Bingkisan kasih 1

Intro : Bingkisan kasih pernah aku post,kan di penulisan2u..tapi kerana beberapa masalah, cerita ni terhenti separuh jalan.. mungkin di blog ni,idea datang mencurah2..siapa tahu :P
 
Bab 1

"bukan aku ingin melukakan hatimu tapi kerana kasih seorang ibu, aku berkorban"



Bukan aku ingin menghampakan perasaan umi apatah lagi ingin menjadi anak derhaka, tapi hati ini seakan tidak mampu untuk berkompromi dengan permintaannya kali ini. Ya, apatah lagi dengan melibatkan percaturan masa depanku ini. Ain Fatihah. Bagaimana harus ku khabarkan berita ini pada dirinya. Kuatkah dia untuk menghadapi perkhabaran ini. Gadis itu terlalu baik untuk aku sakitkan hatinya. Ain, maaafkan mir kerana tak mampu untuk mempertahankan hubungan kita. Selama ini aku membayangkan dia yang menjadi suri hidupku, ibu kepada anak-anakku . tapi kini impian itu seakan sudah menjadi debu yang di terbangkan angin..kenapa? kerana hari ini aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan kepada seorang gadis yang tidak aku fikirkan kewujudannya. Semuanya kerana wasiat abah yang tidak pernah aku tahu. Semuanya kerana desakan umi.

Ah, ingin sahaja aku menjerit, meluahkan segala yang terbuku di hatiku saat ini tapi mana mungkin ianya dapat menyelesaikan segala masalah. Tapi pada siapa harus aku mengadu? Umi? Mana mungkin sedangkan dia yang memulakan segala-galanya. Sememangnya aku berjauh hati dengan sikap umi.Masyaallah, cepat-cepat aku beristighfar menyedari keterlanjuranku itu. Apa-apapun, dia insan yang perlu berada di tempat pertama di hatimu, Amir Faiz. Dan kerana itu jugalah aku bersetuju dengan pertunangan ini.

Telefonku yang berdering membuatkan aku tersentak. Ain. Aku semakin gelisah melihat nama pemanggil yang tertera. Aku membiarkannya tanpa menjawab. Entahlah, aku masih tak bersedia untuk berhadapan dengan dirinya. Amir, sampai bila kau nak lari dari masalah. Aku mengeluh lagi yang entah ke berapa kali. Dan di bawah rasa sedarku, aku mendail nombor milik ain. Bila ku tersedar, sudah terdengar suara lunak ain di sebelah sana.

"Ain, kita jumpa. Hm, di tempat biasa,"ya Allah, berikan aku kekuatan untuk berterus-terang pada dirinya.
 
"Pukul 5 nanti ye, Ain pun ada perkara yang nak di bincangkan," ada nada sendu pada suaranya. Dia tahukah?

Aku mengerling sekilas jam di tangan. Pukul 4. 1 jam lagi untuk pertemuan itu. Terakhir mungkin bagi kami sebagai pasangan kekasih. Aku mencapai kunci kereta. Tidak mahu terlambat. Sebaik menuruni tangga, aku terserempak dengan umi. Umi ku lihat agak ceria. Gembira dengan pertunangan anak kesayangannya. Ya, itulah yang sering di ucapkan oleh  Kak Najwa dan Ati, yang aku adalah anak kesayangan umi.

"Mir nak ke mana ni?" tegur umi melihat aku yang sedikit tergesa-gesa.

"Mir nak jumpa kawan, umi. Mir keluar dulu, ye,"aku tersenyum tapi aku tahu senyuman itu kaku. Biarlah aku berpura-pura di depan umi dan menanggung kesedihan ini sendirian asalkan umi bahagia. Itu juga kebahagiaanku melihat umi tersenyum gembira.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah hampir sebulan aku bertunang dan dalam tempoh itu jugalah aku tidak bertemu Ain Fatihah. Rindu memang rindu tapi apalah dayaku, ini yang terbaik untuk kami seperti kata Ain, antara kami hanya di takdirkan untuk bercinta bukan untuk bersama. Dalam tempoh itu jugalah, kehidupanku hanya di tumpukan pada kerja. Keluar awal pagi dan pulang lewat malam. Aku tahu umi risaukan aku tapi  hanya itu yang mampu aku lakukan untuk melupakan segala kemelut yang melanda dalam kehidupanku ini. Semuanya bagaikan mimpi. Aku sendiri merasa penat dengan kehidupan yang aku lalui sekarang. Masih terbayang pertemuan terakhirku dengan ain waktu itu. Aku di sambut dengan senyuman manis Ain tapi masih terpamer riak kesedihan pada wajahnya. Itulah Ain Fatihah yang kukenal, sentiasa cuba untuk melindungi kesedihannya pada diriku.

"Mir, tahniah atas pertunangan mir," aku tersentak. Belum sempat aku mengatakan apa-apa, tahniah sudah di ucapkan. Ku tatap wajahnya. Ain, hatiku semakin pilu.

"Ain, maafkan mir. Mir...," aku menjadi kelu untuk berbicara. Tidak tahu apa yang harus aku katakan untuk menenangkan hatinya dan juga diriku sendiri. Ayat yang aku karang sewaktu dalam perjalanan tadi seakan hilang di hujung lidahku.

"Ain faham, mir. Tak baik hampakan perasaan orang tua. Ini wasiat arwah abah Mir, wajib Mir tunaikan. Aizad dah ceritakan semuanya. Jangan salahkan dia. Ain yang paksa dia untuk berterus-terang. Kebelakangan ini, Mir asyik muram, itu sebabnya Ain cari Aizad. Ain pasrah , Mir. Ain tumpang bahagia. Sudah tertulis antara kita tiada jodoh, kita boleh bersahabatkan, Mir," sekali lagi aku tergamam, tidak aku jangka ini reaksinya apabila mengetahui kebenarannya.
 
Hatiku menjadi pedih. Aku lebih rela dia memarahiku, memaki hamunku, menuduh aku mempermainkan cintanya. Aku lebih rela dia bertindak begitu.

"Mir lebih rela Ain bencikan Mir, marahkan Mir,"akhirnya terluah juga kata hatiku sebentar tadi.

Kali ini, bergenang air matanya, walaupun begitu dia masih tersenyum. Saat itu, terasa aku begitu kejam kerana menyakitkan hatinya, gadis sebaik dia. Beruntung lelaki yang memiliki dirimu dan aku bukanlah insan bertuah itu. Ingin menyapu air matanya tapi aku tiada hak untuk berbuat begitu. Sepanjang hubungan kami, Ain begitu menjaga batasan pergaulan. Ketukan di pintu membuatkan lamunanku terhenti. Terpacul wajah umi di muka pintu.

"boleh umi masuk?"dia menghampiriku

"dah masuk, baru umi nak tanya," jawabku bergurau.

Umi tersenyum, terlalu mengerti anaknya yang seorang ni suka mengusik. Ah, aku memang nakal sedari kecil lagi berbanding yang lain. Dan yang menjadi mangsa, biasanya adik perempuanku, Athirah. Terasa rindu pula pada rajuk manjanya apabila aku mengusik. Kalau dia di sini, tentu dia akan menjadi tempat aku meluahkan perasaan. Tapi dia jauh, di seberang laut.

"Mir,umi minta maaf ye, sayang," aku menatap wajah umi kurang mengerti maksudnya.

"kenapa ni, umi?Mir ada buat perkara yang umi sedih?" hatiku paling tidak senang jika ada air mata yang mengalir di pipinya kerana diriku. Umi menggelengkan kepala.

"mir anak yang baik. Umi yang salah memaksa mir. Mir tak sukakan pertunangan ni. Anak umi dah banyak berubah sekarang. Tak ceria macam dulu,"umi mengusap rambutku.

Aku mengeluh dan mencapai tangan umi.

"umi jangan cakap macam tu. Mir yakin ini yang terbaik untuk mir. Umikan selalu berikan yang terbaik untuk anak kesayangan umi ni,"aku cuba untuk menceriakan hati umi. Ah, salah aku sendiri kerana membuatkan umi bersedih.

"tapi berikan masa untuk Mir terima semua ni, ya umi. Mir dengan diakan tak pernah kenal," pujukku lagi.

" Mir ni, tunang Mir tu ada nama tau. Amani.,"aku tersenyum senang. 

Tahu umi kembali seperti biasa kerana sudah mampu untuk meleteri aku. Amani, jadi itulah nama tunanganku itu. Manis, adakah orangnya semanis nama itu. Aduh, amir sudah jatuh hatikah kau pada nama itu. Bukan kali ini kali pertama umi menyebut nama itu tapi selama ini aku bersikap endah tak endah, malah tidak pernah mahu untuk  mengambil tahu. Desakan umi untuk bertemu dengan tunanganku itu juga tidak pernah aku ambil peduli. Benar kata irfan. Aku terlalu degil. Aku sendiri tidak menyedari sekeras itu hatiku. Apa tanggapan tunangku itu agaknya? Adakala terfikir samada ’amani’ itu setuju atau tidak dengan ikatan ini.. ataupun sepertiku. Rela dalam keterpaksaan. Bagaimana jika dia sudah mempunyai kekasih hati seperti aku yang mempunyai Ain Fatihah. Bagaimana? Mampu bertahankah hubungan ini seperti keluarga kami inginkan? Ya Allah, mengapa hari ini, terlalu banyak yang aku fikirkan tentang dia..sudah terbukakah hatiku untuk menerimanya?

No comments:

Post a Comment