"Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you' re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... The one who turns to his friends and says, thats her..."

Monday, September 12, 2011

Di lema..

Haih..berkurun aku tak update blog...(ceh,gaya macam ada org baca je blog ko yg tak semenggah ni,ye)..
nak pendek kata, aku memang busy memanjang, busy bekerja, busy dgn urusan personal yang tak habis2..dan sekarang aku sedang busy untuk buat preparation yang mana2 patut..(hohoho, iyo-iyo je...:P) betullah org kata, alam 'bertunang" ni memang manis,kan..banyak dugaannya. Waktu mcm nilah, kadang-kadang aku sensitif terlebih, lebih2 lagi bila incik tunang tu agak busy memanjang...

Dalam perancangan, insyaallah majlis akan berlangsung dalam pertengahan tahun depan, tapi...memandangkan aku semakin gatal, tak sabar nak jadi isteri orang, dengan tak malunya asyik mengajak incik tunang nikah cepat2..takpe, incik tunang pun tak sabar juga..hehe. Jika di buat awal tahun hadapan, majlis mungkin tak seperti apa yang aku inginkan, maklumlah bajet agak (bukan sedikit tapi banyak)..mungkin tiada pelamin yang agak 'grand', tiada sesi fotografi, tiada sesi makan beradap, silap2 hanya ada majlis nikah dan kenduri kecil..(takut menyesal lak nanti,kan)

Akhirnya, aku cakap pada incik tunang..

"takpelah kita buat macam plan asal.. kena banyak2 bersabar"..... nasib baik jauh, kalau tak dugaannya amat,lah besar,kan..sbb iman aku hanya senipis bawang..haih...faham-faham sudah :) aku bukanlah nak buat majlis besar-besaran sehingga  berhabisan berpuluh ribu.. bajet aku ciput je, tapi aku tak nak hanya sekadar ala kadar sahaja.. yang penting sederhana tapi meriah.

Dan sekarang aku sedang sibuk blogwalking, tgk mana2 blog B2B buat rujukan, teringin nak buat DIY macam2, tapi alahai aku ni tak kreatif mana,boleh ke? Erm, sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana sedangkan masa sentiasa bergerak, sedangkan perancangan sepatutnya bermula dari Julai lg,tapi satu pun tak jadi lagi..

Doakan semuanya berjalan lancar,ye.. Amin :)

p/s: ada lebih kurang 8 bulan lagi..sempat ke?

Wednesday, May 4, 2011

Bingkisan Kasih 5


Bab 5

"aku bersalah..aku turut merasai kesakitanmu, sayang"

Aku juga lelaki yang normal, mana mungkin hatiku tidak tergugat melihat kecantikan isteriku itu. Apatah lagi di saat malam pertama seperti ini. Hati ingin menghampiri dirinya tapi akalku menghalang aku berbuat demikian. Rasa egoku yang tinggi mengalah membuatkan hatiku terpaksa mengalah. Dan akhirnya aku capai bantal menuju ke sofa, berbaring di situ tanpa mengendahkan dirinya. Aku tahu semua tingkahku itu di perhatikan oleh dia, malah dari pandangannya yang begitu sayu, aku tahu hati perempuannya menangis. Aku cukup mengerti mengapa renungannya begitu. 

Malam pertama sepatutnya di lalui dengan penuh romantis dan debaran tapi kami hanya ditemani kesepian dan kesuraman. Semuanya kerana aku, suaminya. Aku masih tidak betah untuk membuang segala rasa bersalahku pada Ain. Aku tidak mampu untuk merasa bahagia di saat Ain merintih hiba. Pada mulanya, aku sudah ingin membuang segala kisah silamku jauh-jauh, dan memulakan satu kisah baru bersama Balqis Amani di saat aku melafazkan ijab kabul pada dirinya.

Tapi semuanya, berubah sekelip mata apabila aku menerima panggilan dari abang Ain selepas majlis akad nikahku. Katanya, Ain terlantar sakit sekarang. Makan hati. Hanya menangis sepanjang masa. Tidak mahu makan dan minum. Hanya bangun dari pembaringannya untuk solat. Aku terkedu mendengar berita yang di sampaikan abang Anuar itu, tidak menyangka begitu sekali kesan perpisahan kami pada Ain. Tidak semena-mena, perasaan bersalah menyerang diriku, kerana di saat ini hatiku sudah ada denyutan cinta untuk Balqis Amani. Walaupun tak banyak, tapi sedikit tetap ada. Seolah-olah, aku terlalu mudah untuk melupakan perhubungan kami sejak tingkatan satu itu. Aku betul-betul lupa diri.

Dan dalam keadaan sedar juga, kerana perasaan bersalahku, aku melukakan hati isteri yang baru aku nikahi petang tadi. Aku tahu dalam kedinginan malam ini, dia menitiskan air mata. Tidurnya di temani dengan tangisan. Dan aku terus berpura-pura melihat semua itu, terus untuk menjadi seorang suami yang kejam pada mata si dia. Sedangkan hatiku sendiri di serang seribu penyesalan kerana sikapku membuatkan 2 orang gadis yang seorangnya ku kasihi dan seorang lagi, aku mula menyayangi, menderita. Tapi aku tahu Balqis Amani, isteriku itu lebih tabah dari Ain Fatihah. Dan mungkin kerana itu, aku tega menyakiti hatinya kerana perasaan bersalahku.

Aku tersedar apabila terasa terdengar suara perempuan membangunkanku. Aku terpinga-pinga seketika. Apabila terpandang Amani, barulah aku teringat yang aku sudah bergelar suami. Dalam keadaanku yang masih mamai, dia bersuara
.
"Bangunlah, dah lambat ni, nanti awak terlepas solat subuh," ujarnya sebelum melangkah keluar.

Aku terburu-buru ke bilik air apabila menyedari waktu yang sudah agak lewat. Pukul 6.30 pagi. Masya Allah, tak pernah aku terlewat sebegini. Usai menunaikan solat subuh, aku terus ke bawah, semua orang sudah ada di ruang tamu. Angah Nazran dan bapa mertuaku tersenyum melihat aku menghampiri mereka. Entah apa yang ada di fikiran mereka.

"hai, pengantin baru, lena tidur semalam?,"soal Angah sambil tergelak. Papa pun sama. Aku hanya tersenyum, dapat mengerti apa yang di maksudkan oleh mereka. Dalam hatiku terdetik, bagaimana ya kalau mereka tahu layananku pada puteri mereka? Semesra inikah mereka?

"mana along dan fahrin?"soalku untuk mengalih topik perbualan.

“fahrin kat luar sana tu, sibuk dengan kolam ikannya. Along biasalah, kalah pengantin baru, masih beradu lagi," jawab papa
.
"papa, naz, amir, mari makan, sarapan dah siap. Fahrin, jom makan dulu. Ikan kamu tu dah kenyang," beritahu kak sarah

"tak makan sekali, sarah?,"soal papa apabila melihat kak sarah menuju ke tingkat atas.

"sarah nak kejutkan abang zarul dulu. Kalau tak, sampai makan tengah hari pun tak bangun lagi. Lepas subuh tadi, nak tidurkan aiman katanya, dengan dia sekali tertidur," kami sama-sama tergelak mendengar cerita kak sarah. Birasku itu memang suka berceloteh dan agak nakal. Sesekali suaminya juga turut terkena usikannya. Pasangan yang bahagia.




* * * * * *


Sebulan pernikahan kami, aku membawa Balqis Amani keluar dari rumah itu ke apartment milikku. Pada ibu dan ayah mertuaku, aku katakan untuk berdikari membina rumahtangga kami. Ah, pandai betul aku berpura-pura sedangkan tujuan sebenar kerana aku sudah penat untuk berlakon di depan mereka. Dan juga penat menahan perasaan lelakiku apabila terpaksa berdua-duaan dengannya setiap malam di bilik kami. Bodohnya aku.

Sewaktu bersarapan tadi, tiba-tiba amani bertanyakan padaku di mana arah tujuan perkahwinan kami. Sampai bila kami harus berpura-pura. Aku hanya membisu, tidak tahu apa yang harus aku katakan. Sebahagian hatiku ingin memeluk dan memujuk dia yang sedang menangis, sebahagian lagi, menghalang aku untuk bahagia dan secara tidak langsung menghadiahkan penderitaan buat Amani kerana mengahwiniku. Sedangkan sewaktu akad, aku sudah berjanji untuk menjaga dan memberikan yang terbaik buatnya.

"Kalau betul, awak tak nakkan saya, kita bercerai, Mir," Ya Allah, tahukah dia bergegar tiang arasy, jika seorang isteri menuntut sebuah perceraian. Amir, layakkah kau untuk memanggilnya isteri?

Dan aku terus keluar dari rumah, meninggalkannya dalam keadaan menangis. Aku merayau tanpa arah sebelum menemui Aizad. Hanya pada dia yang mungkin dapat ku luahkan segala rasa yang terpendam, walaupun aku tahu Aizad akan menyalahkan aku atas apa yang terjadi.

"Dia tanggungjawab kau, Mir. Jangan kau cakap, kau tak pernah sentuh dia lagi," Aizad merenungku. Aku sedikit tergamam. Tekaannya tepat. Aku hanya mampu mengganggukkan kepala.

"Kau sedar tak Mir, apa yang kau buat ni. Kau seksa dia," aizad mengucap panjang. Kesal benar dia dengan tindakanku itu. Aku terus tunduk, seolah pesalah yang sedang di jatuhkan hukuman oleh hakim. Ah, kenapa hendak menidakkan. Aku sememangnya pesalah.

"Kau tak faham, zad. Bila aku nak dekat dengan dia, Ain yang terbayang. Aku rasa bersalah, lebih-lebih lagi selepas apa yang abang Anuar beritahu aku,"aku meraup muka. Buntu dengan keadaan yang aku alami.

"Bawa berbincang dengan Amani. Aku yakin dia akan faham. Dalam masa yang sama, cuba eratkan hubungan,"Aizad, lagaknya seperti seorang abang yang menasihatiku.

"Eh, dari tadi, aku tak nampak pun rin dengan dua hero kau tu,"sementelah dari tadi rumah itu sunyi. Sedangkan biasanya jika aku datang pasti riuh suara Haiqal dan Haiqel menyambut kedatanganku. Kadang-kadang bila melayan keletah mereka lupa seketika masalah yang aku hadapi. Ada saja yang mencuit hatiku.

"Ke taman. Si Qal tu mengamuk nak ke sana. Ha, dah balik pun," terdengar suara si kembar itu berceloteh kepada mama mereka.
"Mir pun ada. Bila sampai?"soal Rin apabila melihat aku. Dia tersenyum. Manis. Sama seperti Amani. 

"Dah lama pun, nak balik dah ni," sememangnya sudah 2 jam aku di situ.

"Eh,tunggulah sekejap, Rin buatkan air," ujarnya lagi sebelum berlalu ke dapur. Haiqal menghampiriku dan sibuk bercerita apa yang di pelajarinya di taska hari ini. Haiqel pula duduk diam di sebelah papanya. Adakala dia akan bertanyakan sesuatu pada Aizad. Walaupun kembar, permata hati sahabatku ini terlalu berbeza. Haiqel lebih kelihatan matang dan sering bertolakansur berbanding Haiqal padahal jika di ikutkan sains perubatan, Haiqal adalah abang.

"Hm, nasib baik masih ada kuih lapis ni, rezeki kau Mir. Abang pun bukan nak buatkan air," Aizad hanya ketawa, apabila mendengar leteran isterinya itu.

"Eh, kenapa tak bawa orang rumah sekali, Mir, boleh juga Rin nak kenal rapat," soalan Rin membuatkan aku kelu untuk menjawab. Nak kenal rapat, sedangkan aku pun tidak sempat berkenalan. Aku memandang Aizad, dan dia hanya tersenyum.

"Rin ni pun, diorangkan masih dalam mood honeymoon lagi,"ah, Aizad sengaja mahu menyindirku.

"Amani sibuk, Rin. Kami pun tak sempat nak bercuti lama-lama,"hanya itu yang aku rasa jawapan terbaik.

"Ahad depan ni bawalah dia, boleh aku jamu nasi ayam favourite kau tu,"Aizad bersuara.

"kau cakap tu macam kau yang masak,"sindirku. Dia hanya tergelak. Ah, Aizad sahabatku ini murah dengan ketawa.

Soal Hati 1

 1

Sekali lagi air mataku jatuh hari ini, aku sendiri tidak mengerti kenapa aku tetap memilih dia walaupun aku tahu kesudahannya takkan pernah memihak pada aku. Yang pasti mencintainya hanya membawa aku kepada kelukaan yang tidak berpenghujung. Tapi hendak di buat apa lagi, jika hati ini terus memilih dirinya.

 Dalam kepedihan yang aku lalui, terselit seribu keindahan bila aku bersama dengannya. Kenyataan dirinya milik orang telah aku ketahui sedari awal lagi. Tapi entah mengapa, aku terus membiarkan hatiku membenihkan rasa cinta yang aku tahu tidak pernah akan ada penghujungnya.

 Hati ini tetap ingin mengasihi dirinya walaupun aku tahu hakikat yang sebenar.. Aku dan dia? Entah, aku tak dapat nak menafsirkan apa hubungan kami. Yang aku tahu aku dan dia saling menyayangi. Tapi hubungan kami tidak bernama. Kekasih bukan, kawan pun bukan. Kami gemar menjadikan istilah ’teman tapi mesra’ satu bahan jenaka bila sama-sama berbicara tentang ikatan ini. tapi aku tahu di sudut hati masing-masing tersayat pedih. . Aku dan dia masih perlu menjaga hati ramai orang.

 Dan aku sendiri tidak ingin melukakan hati perempuan yang bertakhta terlebih dahulu di hatinya.Seringkali perkataan ’kalau’ menjadi satu perbualan kami......

kalau saya berjumpa awak setahun yang lalu,

kalau dia bukan kekasih saya,

kalau saya dan dia berpisah....

Tapi itu semua ’kalau’.. aku tahu dia takkan pernah tega memungkiri janji yang pernah di lafazkannya.. itu satu keistimewaan dia di mataku.

Dan aku hanya menjawab ringkas..

‘Pasti ada sebab knp kita di temukan..cukuplah kita tahu kita ada di hati masing-masing. Lihat dalam hati bukan pada ikatan yang terjalin antara kita...’

Mendengar jawapanku, dia akan mengeluh panjang..dengan perlahan, dia bersuara,

‘saya tahu saya tidak akan memiliki awak...dan saya banyak menyakitkan hati awak,kan.’

Apa lagi yang dia inginkan, bukankah aku cuba untuk menjadi teman yang baik untuknya. Aku ingin menangis, tapi bukankah jalan ini yang aku pilih. Aku ingin menjerit marah apabila ku tahu dia bersama kekasih hatinya, tapi apa hakku. Aku ingin meluahkan rasa cemburuku setiap kali panggilan telefonku tidak bersambut tapi siapa aku untuk berbuat begitu.

Saat itu, mahu saja aku luahkan perasaan yang terbuku di hati tapi aku tidak mahu membuat dia gusar, aku tidak mahu melihat dia resah..cukuplah dengan masalah yang sedia ada. Aku tak mahu menjadi taufan yang menghancurkan hidupnya tapi aku mahu menjadi matahari yang menyinari siangnya, menjadi fajar yang mendamaikan resahnya......

Dan sehingga satu masa, bila ku tahu dia tidak lagi memerlukan aku, aku akan belajar melepaskan dia pergi dari hatiku, belajar untuk tidak lagi hadir dalam hidupnya..dan sehingga waktu itu, aku tetap akan setia menemaninya
.


Aku mengeluh kesekian kalinya. Entry yang tertera di blog peribadiku itu aku tatap sekali lagi sebelum aku tekan kekunci ENTER. Hanya ini saja caranya untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Mengadu pada teman baikku, Ika, kukira bukan satu cara yang baik sementelah ika tak pernah menyetujui perhubungan aku dan dia.

”Lily, jom makan. Aku dah siap masak,”suara Ika mengejutkan aku.

Beberapa ulasan dari pengikut blog, ku biarkan dulu. Hari ini giliran ika untuk memasak. Aku hanya membantu menyediakan bahan untuknya memasak sebelum aku mandi tadi. Ayam masak merah,kangkung goreng belacan, dan ikan terubuk bakar, sudah cukup menaikkan seleraku, apatah lagi sedari tengahari lagi aku tidak menjamah apa-apa makanan. Leka dengan kesibukan kerja membuatkan aku lupa dengan perut yang meminta di isi.

”Nora tak balik lagi?,”soalku padanya sebelum mengerling jam di dinding. Pukul 8.

”Dia call tadi beritahu dia terperangkap dalam jam. Dia suruh kita makan dulu, aku dah simpankan lauk untuk dia,”bekerja sebagai setiusaha membuatkan nora sering saja terpaksa bekerja lebih masa.

”Dah tetapkan tarikh perkahwinan kau dengan Zul?”keceriaan di wajah ika membuatkan aku sedikit cemburu. Cemburu dengan dirinya yang telah menemui pasangan yang serasi dengannya. Sedangkan aku masih terkapai-kapai begini.

”Hm, insyallah, cuti sekolah bulan depan. Kau pun tahu waktu macam tu je senang sikit, ramai saudara mara yang boleh datang,”aku menganggukkan kepala, sudah menjadi kelaziman, ramai orang memilih musim cuti sekolah atau musim raya untuk mendirikan masjid.

”Eh, pastikan kau cuti waktu aku kahwin tu. Kalau boleh aku nak kau stay kat rumah aku sebelum kenduri tu,”sudah acap kali dia mengingatkan aku tentang hal itu.

”Nanti kau dah confirm tarikh tu, beritahu aku cepat-cepat. Senang aku nak apply cuti dan arrange schedule,”aku menambah nasi dalam pinggan. Ika hanya memerhati tingkahku.

“Kau ada masalah?”soalnya tiba-tiba. Aku tersentak.

”Pasal Hakim,kan. Kau patut beri peluang pada lelaki lain untuk berada dalam hati kau, Lily,”Ika, kenapa kau tidak ingin mengerti.

”Aku dengan dia hanya berkawan, ika. Tak libatkan soal hati dan perasaan,”Ika tersenyum sinis dengan jawapanku.

”No heart feeling konon. Tapi yang kau duk berendam air mata malam-malam tu apa. Bukan makan hati berulang jantung ke,”aku diam sambil tanganku terus menyuap nasi ke mulut. Terasa kesat.

”Aku tahu dia baik, memahami kau tapi kau sendiri tahu,kan keadaannya. Walau sayang bagaimana pun dia pada kau, dia takkan tinggalkan makwe dia di sabah tu untuk bersama kau. Aku tak nak kau kecewa,Ain,”aku lebih tahu hakikat itu, Ika. Aku lebih tahu tentang semua itu.

”Ika,aku tahu. Aku tak pernah letakkan sebarang harapan pada dia. Cuma mungkin sekarang dia lelaki yang rapat dengan aku. Kau jangan risau, aku takkan biarkan diri aku kecewa,”hipokritkah aku bila berkata begitu? Bohongkah aku bila aku berjanji begitu sedangkan di dalam hatiku kini berperang dengan rasa kecewa yang maha hebat?

Aku dengan Hakim tak pernah berjanji apa-apa antara kami. Cuma aku yang seolah berdegil seakan tidak mahu membenarkan mana-mana lelaki muncul dalam hidupku. Aku menerima seadanya mereka sebagai kawan tapi apabila ada yang ingin melangkaui batasan sebagai seorang kawan, aku mengelak.

Hakim, teman serumah Zul, tunang sahabatku ini. Dari situlah perkenalan kami. Mungkin kerana dengan sikapku yang agak ramah apabila di dekati, membuatkan hubungan kami cepat bertambah mesra. Katanya, dia seronok berbual denganku. Adakalanya aku manja, adakalanya aku tegas, jika ada yang aku tidak suka tentang sesuatu perkara, aku pasti akan berbahas dengannya. Tapi, aku lebih gemar menyembunyikan perasaanku dari orang lain. Aku lebih suka mementingkan perasaan orang lain dari diri sendiri. Sewaktu dia memberitahu tentang penilaiannya tentang diriku, aku terdiam. Tidak menyangka sejauh itu dia memahami kerenahku biarpun waktu itu hanya seminggu perkenalan kami.

Itulah keistimewaan dirinya berbanding teman-teman lelakiku yang lain. Dia cukup tahu bagaimana keadaan diriku tika itu dengan hanya mendengar suaraku dari jauh. Jadi dengan sikapnya begitu, salahkah aku jika timbul perasaan amat menyayangi dirinya?

Susahnya....!!

Ok, aku terpaksa akui sekarang memang susah nak berpura-pura yang kita tak rasa apa-apa bila orang sana sini duk tanya bila kita nak bertunang atau kahwin..kadang-kadang terasa mereka-mereka ni duk menyindir pun ada juga. macam nak kata yang aku ni 'tak laku' je. aihhh, sejak bila ko jadi sensitif ni..uitt, bukan memang sejak azali ke aku sensitip...asyik nak menangis..eh, itu dulu, waktu budak-budak..ngeee~~

Tipulah kalau aku cakap aku tak berkeinginan nak berpasangan.. ingat aku ni hati batu, hati kering?? sayu tau bila tengok atau nampak orang dating, duk main dgn baby..tapi nak buat macam mana 'saat-saat bahagia' untuk aku rasa macam tu belum tiba lagi. Masih banyak perkara yang aku perlu selesaikan terlebih dahulu. hati aku siapa yang nak tahu. hanya aku, dan Allah yang tahu.

Jangan risaulah. kalau dah sampai masa dan ketikanya, semua orang aku akan maklumkan. aku akan hebah-hebahkan, benda baik buat apa nak sorok-sorok,kan. cuma sekarang aku minta jangan tanya soalan-soalan yang buat air mata aku nak mengalir. sesak nafas den tau. Yang penting, doakan yang terbaik buat aku dan dia. Amin.

Wednesday, February 16, 2011

tak pandai nak MARAH-MARAH



Terlalu baik atau…?

Entahlah, mungkin sebenarnya aku tak nak membuatkan keadaan semakin bertambah rumit.

MENGALAH……

Itu yang aku lakukan selalunya…

Aku memang cepat tersentuh, mudah menangis, sensitif tapi..

Aku tak pandai nak MARAH-MARAH.

Itu yang ayah, dan adik-adik aku selalu katakan, kalau aku mula membebel (kalau yang ini, adik selalu cakap kalah mek aku sendiri), marahkan sesuatu..Mereka akan cakap ‘nak senyumlah tu’. Mereka akan ulang ayat tu berulang kali, kalau masuk 3 kali, aku masih ‘mencuka’ fahamlah mereka yang aku tidak berada di dalam mood yang boleh bergurau.. so mereka akan senyap.

Ok, off topic. Berbalik pada yang tadi..

Adakah sebab itu membuatkan aku terpaksa mengalah setiap kalinya?

Tak apalah, aku ada untuk memujuk diriku sendiri

p/s : jom layan taylor swift tu.

zurazairi : tak ke buruk kalau aku buat macam kat bawh ni? Eh!ke comel? hehe



Friday, February 4, 2011

Bingkisan kasih 4


Bab 4
"Kuatkah aku untuk berdepan
dengan kenyataan yang menyakitkan"


Sudah dua hari aku bercuti, membuat persiapan terakhir untuk perkahwinanku. Sejak pertemuan malam itu, aku tidak lagi bertemu dengan Amir. Bukan tiada ajakan darinya untuk keluar tapi aku menolak. Masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan dirinya selepas pengakuan jujurnya tempoh hari. Aku betul-betul jauh hati. Salahkah aku kerana menerima permintaan papa?

Waktu papa menyatakan hasratnya, hampir seminggu aku merajuk, mengasingkan diri dari papa dan ibu. Tersinggung kerana masa depanku di jadikan janji untuk mengeratkan persahabatan. Tapi rajukku tak lama, dan seperti biasa hanya angah dan Razin yang mampu membuatkan aku mengalah. Dan kerana pujukan merekalah, maka esok aku akan bergelar isteri kepada Amir Faiz.

'Aku tak setuju. Aku dah ada pilihan hati sendiri.Aku sayang Ain' 

kata-kata itu selalu terngiang-ngiang di telingaku. Pedih bila mengingatkan semua itu. Mampukah perkahwinan ini bertahan. Dan tak semena-mena terasa air mata mengalir di pipiku. Kenapa mudah sangat air mata ini jatuh kerana lelaki itu?

"kak, abang Razin datang tu," beritahu Fahrin. Cepat-cepat air mata ku seka, mujur adikku itu tidak menyedari keadaanku tadi.

"Qis, kenapa ni?,"Razin melabuhkan punggungnya di sisiku. 

Aku diam, hanya melontarkan pandangan pada kolam ikan di hadapanku. Melihat ikan riang berenang membuatkan aku sedikit rasa cemburu.

"Qis," panggilnya lagi lembut.
"Aku selalu susahkan kau, kan Zin,"air mata yang ingin keluar aku cuba tahan.

"Apa ni, Qis..kau kan kawan aku. Aku anggap kau ni macam adik aku sendiri. Keluarga kau dah macam keluarga aku juga," jawab Razin.

"Aku takut, Zin. Aku takut kalau perkahwinan kami tak seperti yang di harapkan," kalaulah, Amir seperti Razin.....

Razin memegang erat tanganku seakan memberi semangat.

"Yakinkan diri kau Qis,"aku tahu dia mengerti kenapa aku begini. Malam itu, orang pertama yang aku cari ialah razin. Pada temanku ini, aku luahkan segala kesedihan.

"kau bila lagi nak ikut jejak langkah aku,"aku cuba mengalih topik perbualan, cuba untuk membuat suasana kembali ceria.

Dia tersengih. Tahu sangat jawapannya nanti. Tak jumpa calon yang berkenan. Alasan lapuk betullah kawan aku ni. Itulah memilih sangat. 

"takde calonlah, sayang,"ha,kan aku dah cakap.

"itulah, anje..lambat sangat datang pinang sayang, kan dah melepas," balasku nakal.

Dia mencebik mendengar usikanku itu.

"Kau ni, kat rumah mak berleter, takkan kat sini kau nak gantikan mak. Kau pun tahukan  Qis kenapa aku masih sendiri," aku terdiam. Bukan niatku untuk mengungkit kisah silamnya itu. Cuma aku teringin untuk melihat temanku ini mempunyai teman seperti lelaki lain.

"Zin, maafkan aku, ye," rasa bersalah mula bersarang di hatiku.

-----------------------------


Tubuhku sudah tersarung baju kebaya berwarna putih untuk majlis pernikahanku. Aku melihat sekeliling bilikku yang sudah terhias indah. Padanan warna hijau lumut dan putih memang serasi. Rekaannya walaupun ringkas tapi tetap memukau pandangan. Kreatif betul Auntie Kamariah. Hm, kalau tidak kreatif, masakan bisa membuka butik pengantinkan.

Malam tadi, aku menjadi mangsa usikan sepupu-sepupuku yang ramai itu. Apa tidaknya, antara sepupu perempuan, aku yang mendahului mereka menjadi isteri orang, sedangkan aku yang paling liat untuk berbicara tentang lelaki. Diam-diam berisi, kata mereka.

"surprise....," tiba-tiba terpacul wajah rini di pintu bilikku.
“Rini, aku ingat kau tak datang. Eh, kaukan sepatutnya kat Johor lagi,"hampir saja aku nak melompat keriangan melihat teman baikku itu berada di depan mata. 

"Eh, kau kahwin, takkan aku tak balik, tapi maaf sangat-sangat aku tak tolong kau buat persiapan,"dia ku lihat mengerling sekilas ke arah deretan barang hantaran yang tersusun di sudut bilikku itu. 

Mungkin dia sedikit terkilan, kerana selalunya bila ada perkahwinan teman-teman kami, dia yang sukarela untuk menawarkan diri menggubah hantaran perkahwinan. Tapi tidak pada perkahwinanku ini.

"it's ok. Aku faham kau sibuk, kau ada sekarang, aku dah happy sangat, tau. Thanks, Rini," dia ku peluk erat. Bertuah rasanya memilik teman seperti dia dan Razin. Tak pernah meninggalkan aku di kala aku memerlukan mereka.

“Cantik kau hari ini, Amani. Teringin pula aku nak kahwin,"dia tergelak kecil.

Aku mencebik. Bukan aku tak tahu tunang angah ini selalu mengelat bila di ajak kahwin. Katanya ingin melihat adik-adiknya berjaya terlebih dulu. Dah lebih setahun, mereka mengikat tali pertunangan.

"kau dah jumpa belum angah?"perkenalan yang bermula dengan pergaduhan. Awal perkenalan, mereka pantang berjumpa, pasti bertekak. Apatah lagi dengan sikap angah yang kuat mengusik.

"naz yang jemput aku tadi," terdengar suara riuh di luar mematikan perbualan kami. Rini menghampiri tingkap, melihat apa yang berlaku.

Rasa gelisah yang hilang tadi muncul kembali apabila Rini memberitahu rombongan pihak lelaki telah sampai. Selepas itu, aku seperti di dunia lain, tidak menyedari apa yang berlaku, apa yang aku tahu, aku di datangi papa bertanyakan persetujuanku, dan apabila aku kembali di alam nyata, hanya terdengar beberapa orang menyatakan 'sah, sah'. 

Aku terkedu, Amir Faiz sudah sah menjadi suamiku.

Dia menghampiriku, menyarungkan cincin ke jari manisku, dan sama sekali tak ku duga satu ciuman di hadiahkan pada dahiku. Secara spontan, aku menyalami tangannya dan ku cium. Detik itu, aku berjanji untuk menjadi isteri yang setia pada dirinya. Janji yang aku tak mampu untuk luahkan pada kata-kata kerana aku masih meragui keikhlasannya untuk menerimaku sebagai isteri.

Bingkisan kasih 3


Bab 3

"perasaan itu datang bagai angin, menyapa hati dan
berlalu pergi meninggalkan satu tanda"

Rasa penat menjalar di segenap tubuhku. Dan entah mengapa semacam ada satu perasaan aneh yang bercambah di hati. Kata aizad, aku cemburu. Cemburu? Aku cemburukan apa? Orang kata cemburu tanda sayang. Mana mungkin, sedangkan ini baru pertama kali aku bertemu dengan dirinya. 
 
'Tapi kau berhak dia tunangan kau, amir.'
'Ah, amani, kau buat hidup aku tak tenteram.'

Peristiwa di butik tadi betul-betul membuatkan aku tak senang duduk. Kedatangannya bersama seorang lelaki yang di katakan sahabatnya, membuatkan aku gelisah. Mujur ada aizad bersamaku. Kalau di lihat sekilas, seperti lelaki itu akan menjadi pengantin lelakinya , dan apa yang membezakannya hanya aku yang mencuba baju pengantin lelaki itu. Apa tidaknya, lelaki itu asyik memanggil bakal isteriku itu sayang. Aduh, betul-betul mencabar kelelakianku. Dan aku hanya mampu menjadi penonton mereka.

Waktu itu, aku dan aizad sudah hampir 15 minit menunggu amani, tunanganku itu. Aku sempat juga berbual dengan auntie kamariah, katanya ibu amani itu kawan baiknya. Oleh itu memang dia cukup kenal amani, malah sejak kecil lagi amani rapat dengannya. Perbualan kami terganggu dengan suara perempuan dan lelaki yang seperti bertengkar. Kami sama-sama berpaling ke arah suara itu.

"Masyallah kamu berdua ni, asyik nak bergaduh je,"tegur auntie kamariah pada pasangan itu. Rupa-rupanya dia kenal mereka.

"Razin ni auntie, suka sangat mengusik amani,"adu gadis itu sambil menyalami auntie kamariah. Amani? Maksudnya dialah tunangku itu. 

Aku dan aizad berpandangan. Aizad tersenyum. Entah apa yang di fikirkan sahabatku itu agaknya.

"Ala, sayang ni suka sangat mengadu kat maksu," kali ini lelaki itu bersuara. Sayang? Sandiwara apa ini?

""tunang kamu tu, amani. Jaga sikit perangai. Amir, jangan ambil hati sangat perangai razin tu. Anak saudara auntie ni memang nakal sikit. Mereka memang macam ni sejak kecil," ku lihat dia agak tersentak apabila mengetahui aku adalah tunangnya itu.

Dia tersenyum, walaupun begitu masih gugup pada pandanganku.Lelaki yang di panggil razin itu menghampiriku dan aizad. Menghulurkan tangan untuk bersalam. Sementara menunggu Amani mencuba baju, aku, aizad dan razin berbual kosong. Memang razin seorang yang peramah.Amani keluar, dia bagaikan puteri. Aku terpegun. Cantik. Sebagai seorang lelaki,  tidak dapat aku nafikan yang aku tergoda.

"zin, cantik tak?" ah, lelaki itu juga yang di tanyanya. Kenapa tidak aku, tunangnya? Sebentar tadi pun, dia Cuma bertanyakan khabar umi dan kak najwa padaku.

"cantik, sayang," aku tersentak. Sudah acap kali aku terdengar dia membahasakan amani dengan panggilan itu. Dia ku lihat menghampiri amani, sedangkan aku kaku di tempat dudukku.

"mir, macam mana? Ok tak?" tanya razin padaku.

"ok tapi awak rasa selesa tak?" entahlah, hati aku ingin memuji tapi tidak terluah oleh kata-kata. Egokah aku?

Dan dia hanya mengganggukkan kepala. Aduh, kalau dengan razin, bukan main petah lagi berbicara, dengan aku bagaikan ada emas di mulutnya. Hampir tiga jam kami di situ, ada 3 pasang baju semuanya. Walaupun begitu, tidak banyak peluang untuk aku berbual dengan Amani kerana dia lebih senang menghabiskan masa bersama anak saudara auntie Kamariah itu.

Saat dia beredar bersama razin, aku masih lagi memerhatikan dirinya. Masih terdapat lagi adegan bergurau senda. Sekejap aku lihat Amani mencubit Razin, sekejap mereka bergelak tawa. Kalau Ain Fatihah, bukan begitu gayanya. Dia cukup tahu batasannya dengan seorang lelaki. 

'Amir, itu balqis amani bukan ain fatihah. Dua insan yang berbeza.' Aku mendengus.

"kau cemburu, Mir?" tegur aizad. Rupa-rupanya dia memerhatikan tingkahku dari tadi. Salahku kerana terlalu asyik memerhatikan pasangan sahabat itu sehingga aku terlupa kehadirannya.

"Mengarut. Berbulu aku tengok diorang tu," bidasku. Sememangnya itu yang aku rasa. Sakit hati pun ada. Aizad tersenyum. Agak sinis di pandanganku.

"Dia tunang aku, Zad. Kau sendiri nampakkan macam mana dia dengan Razin tadi," seharusnya dia tahu yang tunangannya aku bukan sesiapa yang bernama Razin itu.

"La, sedar rupanya kau dah bertunang," Aizad tergelak. Satu sindiran ku rasa. Aku berpaling ke arahnya kurang senang.

"Pernah kau cuba dekati dia dalam tiga bulan ni. Tak pernah,kan? Salah kau sendiri, Mir.kau dan Ain dah tiada jodoh. Terimalah kenyataan. Sekarang Amani yang harus kau fikirkan,"bicara Aizad membuatkan aku terdiam. Ain Fatihah, nama itu membuatkan aku jadi sebak. Terasa amat bersalah kerana aku memungkiri janji.


-------------------------------

Aku menatap wajah Amani yang berada di hadapanku itu. Cantik. Rambutnya yang panjang di biarkan lepas bebas. Dia ku lihat seperti tidak selesa. Nasi goreng kampung yang di pesannya hanya sedikit yang luak.Timbul niat nakalku untuk mengusiknya.

"kenapa tak makan? Nak aku suapkan?" dia ku lihat mengerling tajam ke arahku. Geram agaknya.

Petang tadi aku menelefonnya, meminta pertemuan ini. Sempat juga aku menyindirnya supaya datang bersendirian, jangan di bawa bodyguard. Dan waktu itu, dia hanya merengus, mengerti agaknya maksudku.

"Tadi awak cakap ada perkara penting. Kenapa?"akhirnya dia bersuara.
"perkahwinan kita,"jawabku ringkas.

"kenapa?"tidak mengerti atau berpura-pura.

"kenapa kau setuju?"itu yang membuatkan aku tertanya-tanya. 

"saya tak nak hampakan perasaan ibu dan papa. Lagipun kata papa, ini janjinya dengan kawan baiknya. Saya tak nak kerana saya, papa jadi mungkir janji. Mula-mula saya memberontak, tapi akhirnya saya faham, mungkin ini yang telah di takdirkan,"aku mendengarnya dengan teliti. Tiada satu pun aku benarkan terlepas dari pendengaranku.

"kau tak kisah?"aku cuba untuk mengetahui isi hatinya. 
Dia diam seketika.

"Bagaimana dengan awak?"soalanku tidak berjawab sebaliknya aku di soal semula.

"aku tak setuju. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Aku sayang Ain," jawabku jujur. 

Rasa cinta dan sayangku masih ada untuk Ain. Wajahnya aku tatap, mencari reaksi darinya. Dia ku lihat agak terkejut, tapi perasaan itu cuba di sembunyikannya.

"Bagaimana dengan dia sekarang?"soalnya lagi.

"Aku tak tahu. Kau tak ada teman lelaki?," sebetulnya aku ingin tahu siapa Razin di hatinya.
Dia tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepala.

"Siapa Razin?" terluah juga soalan yang bermain di kepalaku.

"My best buddy"jawabnya ringkas. 

Dalam diam aku membandingkan amani dengan ain. Mereka berdua memang berbeza. Lihat saja penampilan mereka. Ain bertudung tapi amani tidak. Walaupun begitu, amani masih kelihatan sopan dengan penampilannya.

"saya nak balik dulu. Dah lewat ni," dia bingkas bangun. Aku tahu ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Mungkin saja kerana pengakuanku sebentar tadi. Terdetik rasa kesal kerana aku terlalu jujur dalam berterus-terang.

"Amani,"aku cepat-cepat mencapai tangannya.

Dia berpaling dan seperti ada air mata yang bergenang. Ya Allah, menangiskah dia? Bukan niatku untuk melukakan hatinya. Dia merentap tangannya lembut dari peganganku dan berlalu pergi tanpa bicara.

Sebaik saja pulang, aku di sambut kak najwa. Dia tersenyum.

"Cantikkan adik ipar akak tu," mulalah tu nak mengorek rahsia pertemuan kami tadi. 

Kak najwa, kak najwa. Aku hanya tersenyum. Memanglah cantik tapi hati adik akak ni degil sangat. Sejak dari hari pertunangan lagi, kak najwa dan umi sama-sama melobi amani denganku. Katanya amani itu cantik, baik, sopan, bijak. Erm, kalau hati dah berkenan, yang nampak di mata semuanya akan baik.

"Apa kata akak jadikan dia madu akak, bagi abang azmer kahwin dengan dia," aku mengangkat kening ke arah abang azmer yang khusyuk menonton tv

" Betul tu najwa. Abang setuju benar,"abang azmer dan aku ketawa.

"ha, beranilah. Buat kita jadi macam ni, ada niat nak kahwin lain ye," kak Najwa sudah menarik muka masam. Mudah sangat merajuk sejak dia mengandung, kesian abang ipar aku ni. Kandungan kak najwa sudah berusia 5 bulan. Sebab itu umi memaksa mereka berpindah ke sini buat sementara waktu. Apatah lagi, dengan tuntutan tugas abang azmer sebagai seorang juruterbang MAS, yang jarang berada di rumah.


Sunday, January 30, 2011

mode jiwang 2

 Ku bertanya-Adam

Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi?
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku.
Adakah insan lain bertakhta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah cintamu yang kau beri dulu kepada
diriku..
Kau pernah berkata cintamu adalah untuk
selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta.
Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu.
Kau pernah berkata cintamu adalah untuk
selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta
Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cinta kita dihati
Walaupun ku sukar,ku akur kali ini
Biarlah ku pergi
Maafkan ku bertanya…..

p/s : tengah emo...layan lagu ni lak...cnfirm airmata jatuh.


zurazairi: merajuk dalam diam..

membebel lagi....

alkisahnya td aku terbaca status seorang kawan di facebook  '................walaupon lagi 5 thn umorku mencecah angka 3 di depan.....' 
Erk..telan air liur jap...aku dah tua rupanya..tapi,kan..kan kenapa ada orang cakap aku budak belasan tahun lagi..aku tak cakap tapi orang yang cakap ek...hoho. tapi itu bukan point utama aku sebenarnya..
tapi bila umur dah masuk 25 tahun, semua orang duk menjurus ke arah PERKAHWINAN..  ke mana2 saja, tak kiralah tua ke atau muda, semua duk tanya bila nak kahwin bila diorang tau umur aku 25 ( padahal sebelum tu diorang tanya mak aku 'dia ni sekolah lagi ke?)
itu pasal sedara mara atau kawan2 mak ayah...tu belum termasuk makayah aku sendiri, diorang dah siap planning nak buat renovation rumah, pasal perabot kat bilik tidur dannnnnnnn pasal warna baju pengantin....mak ayah aku dah tak sabar nak timang menantu dan cucu agaknya....haha.. 
agaknya, bila anak dah masuk umur 24,25, diorang dah mula rasa nak tengok anak2 kawin  padahal dulu masa aku umur dalam 19,20 tahun, ayah aku dah bagi warning secara gurauan suh aku kawin bila umur 40tahun.....tapi ni dah terawal 15 tahun dah ni, agaknya sbb dia dah 'jatuh hati' dgn calon menantu x? :P
siapa yang tak nak kawin, nak ada suami, ada anak2...lebih2 lagi bila semua orang sekeliling masing2 dah berteman, jeles ko dalam hati tapi bila banyak perkara harus di fikirkan nak buat camna, terpaksalh bersabar..
1.kewangan masih tak stabil- bila cakap macam tu, ada je yang cakap, ala buat ala kadar je, buat yang wajib je cukup..hello, ala kadar pun nak gak 5,7 ribu..takkan ko nak aku hidang biskut kering ng teh o panas je.. tak pasal2 aku ada anak sorang, orang masih duk mengutuk lagi pasal majlis nikah , makin parah lagi kalau org duk cakap aku dah terrr...........hoho minta di jauhkan ok. 
2.persediaan mental - berkahwin bukan sehari dua tp insyaallah untuk seumur hidup kita..itu akulah, tak taulah orang lain tapi aku yakin semua orang nak macam tu, dan aku percaya mana2 pasangan yang bercerai pun waktu diorang kahwin dulu, semua nak kekal smpi akhir hayat. kalau kita berkahwin, bukan kita hanya kahwini dia seorang tapi beerti kita berkahwin dengan keluarganya juga.. mak dia adalah mak kita, ayah dia ayah kita juga, adik beradik dia pun adik beradik kita...persoalannya, luaran mungkin kita dah bersedia tapi dalaman? tepuk dada tanya hati...
see, walaupun hanya ada 2 alasan  tapi aku rasa huraiannya dah boleh buat orang faham kenapa aku masih tak bergelar isteri orang walaupun dalam hati dah menyanyi lagu ni..
'oh mama..saya mahu kahwin
kahwin dengan siapa..
kahwin dengan ...'mr batman'..:))'
 
p/s : tengah mood swing + mengong sebenarnya...hehe
 



zurazairi: 5 tahun?? pejam celik,pejam celik sekejap je tu..kena kumpul duit cepat2, nak gi pinang en ehem2 dalam tahun ni gak..azam 2011 kut..ngee



Monday, January 24, 2011

Bingkisan kasih 2

Bab 2

"tanpa sedar, kasih itu mula bercambah buat dirinya.
Tapi bagaimana kata hatinya??"


Fail yang bertimbun di atas meja menyesakkan lagi dadaku. Kerja, kerja tak pernah habis. Ku capai air mineral, hanya itu yang mengisi perutku dari pagi tadi. Kesibukan membuatkan aku leka sehingga tidak sedar perut yang kosong. Mujur juga sebelum bertolak ke pejabat, sempat aku menjamah sedikit nasi goreng ibu. Tanpa di sengajakan aku terpandang cincin berlian bermata satu yang tersarung di jari manis kiriku. Sudah hampir sebulan ia tersarung disitu. Cincin tunang. Aku tergelak sendiri.
Tak sangka diriku sudah menjadi tunangan orang. Entah pada siapa. Kata ibu, namanya Amir Faiz.
Dia yang  tak pernah aku temui.Segala-gala tentang dirinya ibu yang ceritakan. Menurut ibu, dia seorang arkitek. Untuk menghubungi dia dulu, itu bukan caraku. Takkan perigi nak mencari timba walaupun timba itu tunangku sendiri. Aku tak nak di katakan terhegeh-hegeh. Pernah juga aku tertanya-tanya kenapa dia tak pernah menghubungiku. Tidak sukakah dia dengan pertunangan kami? Kalau tidak suka, kenapa dia bersetuju?

"hai, sayang," aku mencebik melihat Razin yang tiba-tiba muncul di depan bilikku. Sesuka hati dia je nak panggil aku sayang.
"Yes, anje.lewatnya anje datang jemput sayang"aku sendiri tidak mahu kalah. Pura-pura merengek manja
"You call me anje? Ini yang buat anje nak bawa sayang kawin lari," Razin sudah duduk di kerusi hadapan mejaku.

Aku tergelak. Razin, razin. Sikap mengusiknya tak pernah hilang. Dialah yang selalu menghiburkan diriku. Sentiasa di sampingku di kala suka dan duka. Temanku sejak kecil ini pernah menjadi teman lelakiku dulu sewaktu di alam kampus. Tapi entahlah, menyedari keserasian kami hanya sekadar untuk bersahabat, kami berpisah secara baik. Apa salahnya, kami sendiri bermula sebagai sahabat. Orang sering salah sangka yang dia kekasihku kerana layanannya, apatah lagi panggilan sayang tak pernah lekang dari bibirnya untuk diriku. Biarlah apa orang nak kata, asalkan kami lebih faham diri masing-masing.

"Qis, kau masih tak jumpa dia?," aku mengeluh. Bukan aku tak nak tapi dia yang tak sudi.

"Zin, aku rasa dia tak suka bertunang dengan aku,"mungkin juga telahanku itu betul.

"bodohlah tunang kau tu. Tak nakkan Balqis Amani. Gadis melayu terakhir," serentak itu juga dia menyanyikan lagu gadis melayu.

Terhambur ketawaku melihat gelagatnya, jenakanya tak pernah hilang.

"Perli akulah tu,"dia hanya tersenyum.

Hafizul Razin, memang jejaka yang boleh dikatakan ’perfect’. Mempunyai kerjaya yang baik, wajah yang tampan, sikapnya yang gentleman, didikan agamanya juga cukup baik, boleh dikatakan dia mempunyai kriteria yang di idamkan semua gadis. Lebih-lebih lagi dengan senyumannya, aku yakin itulah yang membuat ramai gadis yang akan menoleh ke arahnya untuk kedua kali. Malah, di kampus dulu, ramai yang menaruh hati padanya. Tapi Razin tetap Razin, tidak pernah mengambil kesempatan atas kelebihan dirinya. Nakalnya masih terbatas. Itu yang membuatkan aku senang berteman dengan dirinya. Malah pernah dulu aku berjanji pada diri sendiri, biarlah pasangan hidupku nanti akan merestui dan memahami hubungan kami. Tapi, sekarang dapatkah janji ini ku tunaikan..

"kau dah makan belum,qis?" aku tersengih.
Memahami maksudku, dia menggelengkan kepala.

"kau ni, dah banyak kali aku ingatkan. Kau tu ada gastrik, makan kena jaga," aduh, doktor peribadiku ini dah mula berleter.

"aku sibuklah, tengok tu banyak lagi laporan aku tak check,"aku buat muka kesian. Harap-harap menjadi.

"aku ni doktor, sibuk juga tapi tahu bila masa nak makan, nak kerja. Sebelum aku hantar kau balik, kita makan dulu,"dia dah berdiri, maksudnya aku dah tak boleh nak bangkang.

"Yelah, Dr Hafizul Razin"aku tarik muka masam.
"ha, buat muka macam tu. Aku cium baru tahu," usiknya lagi. Ha, kan aku dah cakap, mesti orang salah faham kalau dengar.

"gatal," terus aku capai beg tangan dan berjalan tanpa hiraukan dirinya. Pura-pura merajuk.

" lajunya sayang jalan, nak tinggalkan anje ke?" dia masih galak mengusik.

"hafizul razin,"dia tergelak. Tahu bila aku memanggil nama penuhnya, bermakna aku dah hilang sabar dengan usikannya yang kadang-kadang melampau.


* * * * * * * * * *

Sedar tak sedar dua minggu saja lagi tarikh perkahwinanku. Sedikit sebanyak bahangnya dapat ku rasakan. Apa tidaknya, ibu awal-awal lagi sudah menyiapkan barang hantaran. Bunga telur dan cenderahati untuk tetamu pun sudah hampir di siapkan. Pernah aku merungut pada ibu, kenapa perlu bersusah payah membuat sendiri, bukan tidak boleh di tempah. Lagipun, bukan tidak mampu untuk mengupah wedding planner. Tapi akhirnya aku yang di tempelak ibu, katanya kepuasannya lain kalau di buat sendiri dan seperti biasa aku di leteri kerana seperti tidak peduli tentang majlisku itu. Ah, ibu anakmu ini bukan sengaja tapi tuntutan kerja yang tidak pernah mengizinkan aku untuk berehat.

Amanah papa supaya aku menguruskan syarikatnya harus aku jaga. Alhamdullillah setakat ini, cemara resort yang mempunyai beberapa cawangan di semenanjung masih mampu meneruskan kecemerlangannya seperti di bawah pimpinan papa. Harapkan along dan angah, abang-abangku itu awal-awal lagi tidak mahu, masing-masing tidak berminat dalam bidang perniagaan, dan aku yang mengalah. Aku kesiankan papa, penyakit darah tingginya sering menyerang dan sewajarnya dia berehat sekarang. Bersyukur juga adik bongsuku, Fahrin bersetuju untuk membantuku di syarikat papa selepas menamatkan pengajiannya nanti.

"Ada amir telefon kamu amani?" soalan ibu membuatkan aku tersentak. Tak sangka agak jauh aku mengelamun. Kesian ibu, bercakap sendirian sedari tadi.

"ada, ibu. Semalam dia call, ingatkan amani pasal test baju tu," terkejut juga aku semalam apabila mendapat panggilan darinya. Panggilan pertama selepas tiga bulan kami bertunang, itupun aku yakin kerana terpaksa.

"Amani dah kenal dengan amir?" ibu menatap wajahku. Aduh, apa yang harus aku jawab ni.
"Dalam proses, ibu.,"dalam proses?biar betul Balqis Amani, berjumpa pun tak pernah, inikan dalam proses. Aku ketawa tapi hanya dalam hati.

Ibu ku lihat mengerutkan dahinya, kurang berpuas hati agaknya dengan jawapanku itu. Mungkin juga kerana aku ini seorang yang degil dan keras kepala. Sikapku sejak zaman kanak-kanak lagi. Ibu sangat arif dengan sikapku, katanya aku dapat gen dari papa. Ibu memanglah, yang baik semua dari gennya sedangkan yang tak baik itu gen papa. Papa pula akan tergelak mendengar kata-kata ibu itu.

Hanset ku yang berdering menyelamatkan aku dari soalan ibu yang seterusnya. Razin. Kau memang sentiasa menyelamatkan aku.

"hello, sayang,"ah, Razin. Tak takutkah dia sahamnya jatuh kalau asyik memanggilku sayang.
"kau macam tahu-tahu je aku ada masalah,"aku bersuara perlahan. Takut di dengari ibu.

"masalah apa, qis?"dia kembali serius.
"kau temankan aku pergi butik auntie kamariah. Nak test baju. Tunang aku pun ada sama. Aku seganlah, zin," harap-harap dia setuju.
Razin tidak menjawab sebaliknya dia ketawa. Gelakkan akulah tu.

"Apa kau nak segankan. Diakan tunang kau. Tak lama lagi nak jadi suami kau. Ha, nanti takkan sayang nak anje masuk bilik tidur juga kut," ketawanya bersisa.

"razin," wajahku mula merona kemerahan. Tidak di sangka sampai ke situ usikannya. Melampau. Mujur hanya bercakap di dalam telefon, kalau berdepan tahulah dia.

"sori, sayang. Anje gurau je. Kenapa tak ajak Rini. Diakan pakar dalam bab macam ni," ish banyak songeh lak kawan aku sorang ni.

"dia outstation ke johorlah. Kau nak temankan ke tak nak ni?" aku dah mula bosan.

"ha, mulalah tu nak buat muncung itik dia tu. Yelah, nanti aku datang ambil kau. Pukul berapa?"dia mula berkompromi.

"pukul 2. jangan lupa tau. Aku sayang kau, zin," aku tergelak kecil sebelum menamatkan perbualan kami.

"amboi, siap bersayang-sayang lagi ni, ek. Dengar dek amir, cemburu dia,"sapaan suara dari belakang membuatkan aku berpaling.

"angah, bila balik?"terus tubuhnya aku peluk. Rindu sangat dengan abangku yang seorang ini.

"tak hilang lagi manja adik angah ni rupanya,"usiknya sebaik sahaja aku meleraikan pelukan. Aku mencebik.

"kenapa tak cakap angah nak balik. Kalau tak, boleh amani buatkan puding karamel yang angah suka tu,"bukan senang dia nak balik ke rumah ini, sibuk memanjang. Aik mengata orang pulak amani, kau pun apa kurangnya.

"kalau angah cakap, bukan surpriselah, sayang,"jawab angah bersahaja.

"kamu bukan tak tahu angah kamu ni, amani. Suka buat orang terkejut,"
sampuk ibu yang dari tadi memerhatikan kami.

"Pa mana, bu?"soal angah sambil matanya melilau mencari kelibat papa.

"mana lagi naz, kalau kat belakang tu sibuk dengan ayam itiknya,"seloroh ibu.

Aku dan angah tergelak besar mendengarnya. Apa tidaknya, ibu bercakap macamlah kami sekarang ada di kampung. Boleh menternak ayam itik. Sebenarnya papa sekarang sibuk dengan hobi baru. Sibuk bercucuk tanam. Banyak juga sayuran yang di tanam membuahkan hasil dan dapatlah juga kami merasa titik peluh papa itu. Kata papa, bercucuk tanam sesuai untuk riadah. Jika nak di bandingkan dengan golf yang banyak membuang masa dan duit. Papa, papa sejak bersara ni makin banyak falsafahnya. Maklumlah sekarang ni papa lebih gemar berkumpul di masjid dari melepak di coffee house. Jika ada teman lama ingin bertemu, dia lebih gemar menjemputnya ke rumah.

"amani, dah pukul berapa ni,"aduh, kuat sangat berangan aku sekarang, ye.
Aku mengerling jam di dinding. Alamak, aku kena bersiap-siap ni. Sekejap lagi razin sampai, kalau aku tak siap lagi teruk aku di perlinya.






Mode : Jiwang


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini 
 Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
comelkan..hehe



p/s : bila en ehem2 baca post ni mst dia cakap aku sensitif terlebih..hehe

zurazairi :rasa sebak setiap kali dengar lagu ni

Friday, January 21, 2011

bengang!!

ok, sepanjang bulan ni memang aku bertambah sibuk, kerja makin bertambah, sahkan nak tulis blog nak online FB pun kena curi2 masa.. lagipun benda tak penting kenapa nak jadikan benda tu dalam senarai WAJIB... kerja tu satu tanggungjawab,kan walaupun aku sekarang dah curi masa bekerj..hehe..release tension jap setelah memeningkan kepala dengan data-data kualiti air..itu belum lagi termasuk dengan data-data stok.. bukan tak boleh nak online kat rumah tapi aku malas nak berebut pc dgn adik2, bagi can kat diorang pulak, aku dah tua nak mengorat sana sini, tambahan pula aku mudah penat sekarang, belum sempat pukul 10,aku dah tarik selimut,lelapkan mata....nak bermadu kasih dgn en ehem2 pun tak sempat..(gila punya perbandingan..haha)..

Apa yang aku bengangkan di sini bukanlah sebab sibuk ke, kerja bertambah ke..aku langsung tak kisah (walaupun dalam hati,kadang-kadang ada merungut gak)..TAPI bila ada seseorang yang aku kenal di FB bagi komen yang cakap aku ni dah lupa kawan, time susah je cari diorang..hello, sejak bila pulak aku susah, aku cari ko ye..tak pernah pun...apa yang ko tahu pasal hidup aku cuma sedikit je.. melayan FB? buat makin tambah dosa aku je, bukan sorang dua je, kebanyakan lelaki kat situ semuanya nak 'test market' dengan perempuan..(ok,aku cakap kebanyakan..tak semua..so,kalau ada yang terasa aku minta maaf) walaupun dah ada anak isteri.. walaupun tahu perempuan tu isteri orang ke, mak orang ke, semua main rembat je.. aku tahu aku bukannya baik mana pun, tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang boleh, apa yang tak.. aku bukan lupa kawan ke apa, tapi kalau bercerita tentang masalah masing-masing dengan skandal, aku tak suka, dosa aku dah banyak, kenapa nak tanggung dosa orang lain lagi ? dengan bersubahat, dengan menggalakkan semua tu..baik aku berdiam diri, baik aku tak tahu apa-apa..itu lebih baik untuk semua orang

lagipun jika aku melayan semua itu, dan membuat hidup aku berantakan, baik tak usah...baik jangan cari bala..hidup aku dah makin aman sekarang... kalau aku tak layan FB, kawan2 baik aku yang setia di sisi tak kira senang dan susah, diorang tahu bagaimana nak cari aku..kl diorang susah, insyaallah aku tolong kalau aku mampu..kalau aku tak boleh,aku cakap terus terang...

p/s : kalau aku nak berubah pada yang baik, amanah pada tanggungjawab aku, setia pada perhubungan aku, jika sebagai kawan sejati, anda pasti memahami



zurazairi : nak buat tak tahu je dengan semua tu tapi bengang tu tetap ada!

Saturday, January 1, 2011

Jika dia jauh di mata

Bila tengok tajuk pun, mesti dah dapat agak apa yang aku nak merepek kali ni. PJJ.. Ops, bukan pengajian jarak jauh tapi percintaan jarak jauh. Selalu kita dengar, jauh di mata tapi dekat di hati tapi betul ke? Atau, seperti orang kata, mula-mula memang macam tulah tapi lama-lama jauh di mata, jauh di hati



Bagi pendapat aku sendiri, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Apa yang kita nak? Walaupun dia sentiasa ada di depan mata, tapi kita masih tak berpuas hati dengan apa yang kita ada, kita tetap akan mencari yang lain (yg penting nawaitu). Apapun kita tengok dulu kat bawah (NI SEMUA PENDAPAT AKU SENDIRI, MUNGKIN BERBEZA DENGAN ORANG LAIN,KAN)

POSITIF (pada akulah)
  • Lebih menghargai masa yang ada bila bersama  ( ini tak bila jumpa, ada je yang nak di gaduhkan )hehe
  • Kurang buat maksiat atau dosa...opsss, jgn fikir lain ek,pgg tangan pun dh dosa tau ..;p
  • jimat duit sbb tak perlu nak berdating tiap2 minggu..huhu
  • boleh menguji sejauh mana kasih sayang/kesetiaan kita atau pasangan dalam hubungan tu. 

Negatif
  • Salah seorang atau kedua-duanya mungkin tak dapat nak bertahan dari godaan dari pihak yang ketiga (terpulang pada hati dan nawaitu kita sbnrnya)
  • Sering berlaku salah faham jika tiada kepercayaan 
  • Mungkin kita atau pasangan akan mudah merasa bosan dengan situasi perhubungan yang agak terbatas 
  • Bil telefon atau topup agak tinggi ...hehe
Hanya itu yang dapat aku fikirkan buat masa ini tentang positif dan negatifnya PJJ ni.
 
Apa yang patut kita buat jika kita berada dalam situasi ini??
  • saling mempercayai - ini yang paling penting sekali sebenarnya. jika tidak, hubungan  pasti tak lama. Jangan terlalu bersangka buruk,lama kelamaan pasangan pasti merasa rimas.tapi, jangan sekali-kali kita menyalahgunakan kepercayaan yang di berikan. kalau tidak, tahu sendirikan akibatnya.
  • Persefahaman - erm, tak mudah sebenarnya untuk mendapatkan satu persefahaman lebih2 lagi jika dia bukan berada di depan mata. Apa yang aku lakukan cuma meletakkan diri sendiri pada situasi pasangan. secara tak langsung, kita akan lebih memahami apa yang di perlukan pasangan, atau kenapa dia bertindak macam tu.
  • Bertolak ansur - Alahai, kalau masing-masing nak menang, sampai bila masalah takkan selesai,kan. Tak salah kalau kita mengalah untuk dia dan perhubungan kita juga. Mungkin kita berada di pihak yang betul, tapi jika pasangan seorang yang EGO, mustahil dia akan terimanya bulat-bulat di saat-saat panas macam tu. Cari waktu yang sesuai di lain kali untuk kita meluahkan apa yang kita rasa, siapa tahu, dia boleh terima. Tak salah mencubakan
  • Kejujuran & Setia - Kita nak dia jujur tapi kita....?? Aishh, mana boleh macam tu.. Tapi kalau kita jujur,kita setia, insyaallah pasangan pun begitu. Jika tidak, mungkin dia bukan terbaik buat kita.

-yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kesilapan saya sendiri-
 
 
zurazairi : menulis dari pengalaman sendiri.




Bayangkan jika mereka.....

Jeng-jeng....................



Remy Ishak - Amir Faiz





Intan Ladyana - Balqis Amani ( Bayangkan jika dia bertudung ) ^_^ 

Ayu Raudhah - Ain Fatihah












Awal Ashaari - Hafizul Razin   


zurazairi : agak-agak sesuai x, ek?